Akaun sritisamadghul.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

Pembangunan & Pengurusan SRITI Samad Gul, Rantau Panjang, Pasir Mas, Kelantan

Pembangunan & Pengurusan SRITI Samad Gul, Rantau Panjang, Pasir Mas, Kelantan


AWAK KONGSIKAN REZEKI,,,

PAHALA BERTERUSAN TANPA HENTI !! 

“Sebanyak RM 180,000 diperlukan bagi menampung kos pembangunan demi kesejahteraan anak-anak SRITI SAMAD GUL RANTAU PANJANG…”



LOKASI SRITI SAMAD GUL

KM 12, LEBUHRAYA RANTAU PANJANG,17000 PASIR MAS KELANTAN.




SRITI Samad Gul merupakan sekolah rendah integrasi teras islam yang bertapak di Rantau Panjang, Pasir Mas Kelantan. Sekolah ini memberikan pendidikan peringkat rendah berasaskan kurikulum intergrasi meliputi tahfiz, fardu ain dan fardu kifayah melalui persekitaran yang kondusif agar dapat melahirkan Generasi Soleh Pintar Rabbani Murabbi.

SRITI Samad Gul berhasrat untuk mengembangkan lagi jumlah pelajar agar dapat melahirkan lebih ramai modal insan disamping dapat memberikan peluang pekerjaan kepada masyarakat yang berminat untuk menjadi guru dan staff SRITI Samad Gul.

Namun begitu, hasrat kami tergantung apabila dana untuk mengubah suai bangunan terlalu sikit dan tidak mencukupi. Oleh itu, kami dengan rendah hati ingin memohon sumbangan dari masyarakat agar impian kami tercapai.


.

TERISTIMEWA BUAT HAMBA ALLAH YANG PEMURAH


Bingkisan mutiara kata daripada Prof. Dr Muhaya;

“Jangan biarkan apa yang berlaku semalam menggunakan masa kita hari ini. Oleh itu, berhenti dari menyesal dan menyalahkan apa yang berlaku semalam. Niat gunakan hari ini sebaik mungkin untuk dekat dengan Allah dan mencari kejayaan di dunia dan akhirat…”

.

AYUH! NIATKAN BERINFAK SEKARANG!

KUNCI KEJAYAAN DUNIA DAN AKHIRAT.






KIRAAN KOS UBAH SUAI BANGUNAN

· 4 TANDAS & KEMASAN : RM 10K 

· KEMESAN LANTAI (VINYL FLOOR)  : RM 16K 

· MENGECAT & KEMASAN : RM 10K 

· PENDAWAIAN ELEKTRIK : RM 15K  

· TANGGA KECEMASAN : RM 15K  

· KOS ASAS PELAJAR : - KERUSI & MEJA (100 UNIT) : RM 20K 

· PENYAMAN UDARA (7 UNIT) : RM 40K 

· KIPAS SYILING & LAMPU (14 UNIT)  : RM 5K 

· KOMPUTER & PRINTER (3 UNIT) : RM 7K 

· PAPAN PUTIH (5 SET) : RM 4K 

· FIRE EXTINGUISHER (3 UNIT) : RM 1K  

· MEJA KAUNTER PEJABAT (1 UNIT) : RM 3K 

· WORKSTATION GURU (1 SET) : RM 4K 

· ALMARI (2 UNIT) : RM 1K  

· ELEKTRIK : RM 2K 

· UTILITI : 3K 

· KEBAJIKAN PELAJAR (100 ORANG) : RM 10K 

· KEBAJIKAN GURU (9 ORANG ) : RM1.4K


Manakala bagi kos pengurusan adalah sebanyak RM13.6K bagi keseluruhan kos melibatkan pengurusan. 

Buat pengetahuan semua penyumbang, tahun 2021 adalah tahun pertama SRITI Samad Gul beroperasi. Justeru, pihak kami memerlukan sejumlah besar sumbangan bagi menyiapkan fasiliti-fasiliti yang telah disebutkan

Pihak kami juga mengalu-alukan sumbangan barangan seperti meja, kerusi, dan peralatan fizikal yang lain. Bagi mengetahui keperluan semasa sekolah, pihak penyumbang boleh berhubung dengan pihak sekolah.

InsyaAllah, semoga segalanya dipermudahkan dan diberikan kelancaran proses persiapan sekolah. 




LENSA AKTIVITI ANAK-ANAK SRITI SAMAD GUL




Begitu berani anak-anak comel ini di sesi suai kenal pada permulaan persekolahan. 




Lihatlah ketekunan mereka menimba pelajaran bagi menerapkan elemen Tahfiz Quran Sunnah (TQS).




Alhamdulillah, sunnah Qailullah iaitu tidur sebentar sebelum waktu Zuhur dipraktikkan dalam diri anak-anak pelajar.




Semangat anak-anak pelajar mengikuti pengajaran daripada guru dalam amali solat atau praktikal solat.





Apa yang akan berlaku sekiranya dana tidak mencukupi?


 Sekolah tidak dapat beroperasi dengan baik.

 Motivasi pelajar dan guru akan terganggu dan semakin merudum.

 Menjejaskan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran.

 Mempengaruhi keselamatan dan kesejahteraan warga SRITI.


Bayangkan setakat ini, kami memerlukan beratus ribu bagi pembukaan sekolah pada tahun hadapan dan masih belum mencukupi untuk meneruskan pengajian pada tahun ini.

Malah, timbul kerisauan gaji para guru juga tidak dapat kami penuhi pada masa hadapan jika kami tidak mempunyai dana yang mencukupi bagi menampung kos-kos pembinaan.

Lagi menyedihkan, apabila kita mengalami suasana wabak pandemik Covid 19. Sudah pasti merencatkan lagi pembinaan, pengurusan serta kebajikan warga SRITI Samad Gul.

.

Bagaimana Sumbangan Boleh Dilakukan?


Untuk memudahkan urusan anda menyumbang, anda boleh memilih pakej-pakej sumbangan di pilihan sumbangan di bawah.

 

ATAU

 

Sumbangan Secara Manual/Bank Transfer/CDM, Boleh Bank In Ke Akaun Yang Disediakan;


Akaun :

MAYBANK

PERTUBUHAN KEBAJIKAN PRIHATIN UMMAH RANTAU PANJANG 

No Akaun : 5530 1063 5550

Tolong letakkan reference "SRITISG" untuk mudahkan pihak kami mengagihkan dana.



Untuk mengetahui lebih lanjut tentang SRITI SAMAD GUL ini, segera klik link pautan;


Facebook Profil > https://www.facebook.com/sritisamadghul

.

Jazakallah Khairal Jazak buat para penderma yang sudi menghulurkan bantuan buat kami, SRITI SAMAD GUL RANTAU PANJANG. 

Semoga setiap ihsan itu memberikan pulangan kenikmatan yang luar biasa buat pemurah hati. 

ALLAHUMMA AMIN.

.





No Pendaftaran Pertubuhan : PPM-025-03-08012020



Sijil Pendaftaran Pertubuhan Kebajikan Prihatin Ummah Rantau Panjang


Maklumat tambahan:

1. Bagi pembayaran mengunakan payment gateway Toyyibpay, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.

2. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway Toyyibpay

3. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi: 0103421766 (Pejabat Sekolah).

4. Sebahagian daripada kutipan sumbangan akan digunakan untuk Kos Pengurusan Dan Operasi.